Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pewartaan pulau sebagai Kawasan Larangan elak PATI bersembunyi

 

Musa Aman (tengah) mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri, semalam.
Musa Aman (tengah) mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri, semalam.

KOTA KINABALU – Kabinet Negeri bersetuju tindakan drastik dan berkesan diperlukan dalam menangani isu kehadiranpendatang tanpa izin (PATI) serta usaha untuk memperkukuh strategi dan pendekatan dalam mengatasi masalah itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, mesyuarat Kabinet Negeri turut bersetuju mengambil langkah utama dengan memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu menahan dan menghantar pulang serta menghentikan kemasukan lebih ramai PATI ke negeri ini.

“Fokus pertama, kita telah melihat butiran beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam operasi sdia ada dalam agensi-agensi berkaitan. Kami bersetuju untuk melaksanakan Operasi Bersepadu serta merta,” katanya selepas mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan dengan hal-hal keselamatan di Sabah iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang telah dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri dan Persekutuan serta agensi berkaitan.

Musa berkata, beliau telah mengarahkan persediaan pra-operasi yang akan dilaksanakan secepat mungkin untuk mengukuhkan operasi yang akan dijalankan.

Katanya, ini termasuk meningkatkan kapasiti Pusat Tahanan Sementara yang hanya boleh menempatkan seramai 5,000 orang pada satu-satu masa.

“Tindakan drastik yang disyorkan adalah untuk mengenal pasti lokasi dan bangunan sesuai yang boleh diubah suai dan diwartakan sebagai pusat tahanan sementara bagi menampung kapasiti penghuninya sementara menantikan pembinaan pusat-pusat baru.

“Kita juga mengkaji dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berkaitan proses pengusiran dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin. Ini termasuk aspek-aspek seperti  menyiasat, mendokumenkan dan jadual pembuangan.

“Walaupun SOP semasa telah meningkat daripada purata enam bulan hingga dua bulan, tempoh ini masih dilihat sebagai panjang dan memerlukan kos operasi tinggi dari segi menyediakan makanan kepada tahanan, penyelenggaraan dan keselamatan. Peningkatan SOP ini akan memerlukan rundingan dan kerjasama dari negara asal sebagai komitmen diperlukan dari negara-negara ini dalam mengurangkan masa yang diambil untuk menghantar pulang tahanan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, sebuah Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah ditubuhkan untuk membuat susulan ke atas perkara berkenaan dan untuk mengetuai pelaksanaan Operasi Bersepadu.

Dalam pada itu, Musa menggesa kepada semua pihak terutamanya majikan di negeri ini agar memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen sah dan permit kerja.

Menurut beliau, pemimpin masyarakat, ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung diarahkan untuk memberi kerjasama kepada agensi-agensi keselamatan dengan menyediakan maklumat mengenai pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing.

Jelas beliau lagi, kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengekalkan strategi perintah berkurung di Esszone dan inisiatif ini akan diperkukuhkan dengan cadangan untuk mewartakan pulau-pulau yang digunakan oleh pendatang haram dan penjenayah sebagai Kawasan Terhad (Kawasan Larangan).

Strategi ini penting kerana pulau-pulau di perairan Esszone adalah antara lokasi jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, penculikan dan persembunyian pendatang haram sebelum mereka memasuki Sabah. Terdapat lebih daripada 360 pulau di Esszone dan 83  terletak di Semporna.

Musa berkata, pelaksanaan strategi itu bergantung kepada kajian yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Tindakan.

“Sepertimana perintah berkurung, kami yakin bahawa strategi Kawasan Terhad akan mewujudkan kesan yang besar dalam agenda untuk membendung kemasukan pendatang tanpa izin. Ini seterusnya akan membantu kerajaan dalam mengatasi isu pendatang tanpa izin yang merupakan tumpuan utama kami dalam masa terdekat. – Oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan