Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PeWaniS perlu ubah ‘Mind set’- Maimunah

9:42am 12/11/2016 Leolerry Lajius 4 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PeWaniS) menjadi penggerak untuk mengangkat martabat PeWaniS sebagai sebuah persatuan wanita yang berwibawa dan gah di Negeri Sabah.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Binti Haji Suhaibul, sepanjang 10 tahun penubuhan PeWaniS, pertubuhan ini telah melalui banyak cabaran dan telah menjalankan pelbagai aktiviti sama ada melibatkan pendidikan atau kemasyarakatan.

Maimunah turut menyatakan, perkara utama yang ditekankan kepada ahli PeWaniS ialah betapa perlunya mengubah mind set daripada sekadar ada kepada kepada corak pemikiran yang lebih positif.

“Dengan mengubah mind set dan berbekalkan semangat kerjasama, PeWaniS akan terus melangkah ke hadapan dan mengangkat martabat wanita Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-10 PeWaniS, di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam usaha memantapkan pelaksanaan program, PeWaniS juga telah menjalinkan kerjasama bersama badan korporat dan badan bukan kerajaan.

“Kejayaan PeWaniS yang terbaru ialah membentuk koperasi PeWaniS yang telah didaftarkan pada tahun ini, khusus untuk ahli-ahli pertubuhan ini bagi meningkatkan taraf ekonomi ahlinya,”katanya.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R. M Jasni.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Toh Puan (tengah) dan Maimunah (tiga dari kiri) bersama ahli PeWaniS ketika memotong kek sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Toh Puan (tengah) dan Maimunah (tiga dari kiri) bersama ahli PeWaniS ketika memotong kek sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan