Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PETRONAS SERAH DEWAN SERBA GUNA KEPADA SK LUBOK DARAT DI SIPITANG

petronas

KOTA KINABALU, 20 Jan : Sebanyak 60 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Darat, Sipitang kini boleh tersenyum kerana sekolah itu kini dilengkapi dewan serba guna baharu yang dibina dengan ihsan Petronas.

Dewan dengan keluasan 1,040 kaki persegi itu boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa dan membolehkan pelajar mengadakan aktiviti ko-kurikulum dalam dewan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Julita Ontol berkata pembangunan dewan serba guna di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP) bertujuan menyediakan asas akademik yang kukuh untuk pelajar kurang berkemampuan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

“Apa yang kami lakukan di sini ialah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat walau di mana sahaja kami beroperasi. Premis sekolah sebelum ini hanya terdiri daripada bangunan yang mempunyai enam bilik darjah dan sebuah bilik kakitangan untuk 12 orang guru.

“Dengan pembinaan dewan serba guna ini, pelajar kini menikmati persekitaran yang lebih kondusif untuk aktiviti ko-kurikulum. Ia juga memudahkan pengalaman pembelajaran kepada pelajar,” kata Julita dalam kenyataan di sini hari ini.

Julita berkata kemudahan itu jugha membawa manfaat kepada lebih 300 penduduk kampung di sekitar kerana dewan itu juga boleh digunakan untuk mengadakan  aktiviti masyarakat.

Menurut Julita, terdapat 13 buah sekolah di Sabah di bawah inisiatif PSIP.

Pelancaran dewan hari ini disempurnakan dengan penyerahan plak peringatan oleh Ketua Projek Dalak Petronas, Hamdan Hassan kepada Guru Besar SK Lubok Darat Rafiah Jaafar.

Petronas turut menyampaikan barang keperluan sekolah kepada 12 pelajar miskin di bawah PSIP sejak Tahun Dua.

Turut hadir pada acara itu ialah Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Petronas, Lita Osman; wakil dari Jabatan Pendidikan Daerah Kimanis dan kakitangan Petronas. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan