Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petronas Pindahkan Pekerja Di Iraq Ke Dubai

petronas

KUALA LUMPUR: Petronas telah memindahkan 28 daripada 166 pekerjanya di Iraq ke Dubai berikutan keadaan keselamatan di negara itu sekarang.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat minyak nasional itu berkata daripada 28 pekerja itu, 18 adalah warga Malaysia.

Bagaimanapun, 95 pekerja yang dikategorikan sebagai kakitangan kritikal masih berada di Iraq untuk menguruskan operasi dan semuanya berada dalam keadaan selamat.

“Pekerja-pekerja yang masih tinggal sedang dalam proses untuk ditukarkan,” kata kenyataan itu.

Petronas berkata syarikat itu sedang memantau situasi itu dengan teliti serta sentiasa berhubungan dengan Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Ia juga telah mengenal pasti usaha-usaha mengurangkan kesannya dan bersedia mengambil segala langkah yang perlu sekiranya keadaan bertambah buruk.

Petronas mempunyai kepentingan dalam empat medan minyak di Iraq iaitu Garraf, Majnoon, Badra dan Halfaya yang terletak di bahagian selatan dan timur Iraq.

 

Komen


Berita Berkaitan