Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PETRONAS perkenalkan produk baru buat pengguna minyak diesel

7:05pm 19/12/2015 Leolerry Lajius 632 views Tempatan
Puan Julita Ontol (Ketua Pejabat Wilayah Sabah Petronas) dan Tuan Ameran Tuan Yacacob (Pengurus PETRONAS dagangan Berhad Wilayah Sabah) melepaskan peserta Dynamic Xperience.Gambar Oleh Jimmy Tan

Puan Julita Ontol (Ketua Pejabat Wilayah Sabah Petronas) dan Tuan Ameran Tuan Yaacob (Pengurus PETRONAS dagangan Berhad Wilayah Sabah) melepaskan peserta Dynamic Xperience.Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Petronas telah memperkenalkan produk baru keluaran syarikat itu iaitu Dynamic Diesel dan Minyak enjin petronas Urania yang digunakan sepenuhnya oleh pasukan Dakar Petronas De Rooy Iveco yang menggunakan enjin ‘common rail direct injection’.

Menurut jurutera bahan api Petronas Dagangan Berhad Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz, minyak ini juga melindungi enjin daripada kehilangan kuasa dan telah membantu pasukan Dakar menyempurnakan cabaran paling luar biasa yang merangkumi perjalanan lebih 9000 Kilometer merentasi kawasan lasak di Amerika Selatan melibatkan ketahanan lebih 55 jam.

“Minyak ini  membantu kenderaan untuk membersihkan enjin, mengembalikan kuasa dan meningkatkan pembakaran dan di Sabah terdapat 68 stesen minyak petronas yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan minyak ini,”katanya.

Petronas juga  telah mengadakan satu program Dynamic Xperience yang disertai oleh 80 orang peserta dan 40 buah kenderaan 4×4 yang memulakan perjalanan dari menara Petronas Kota Kinabalu kemudian ke Stesen minyak Bakut seterusnya mengikut jalan kampung di sekitar kawasan Telipok dan perjalanan berakhir di Stesen Minyak Tuaran sebelum kembali semula ke menara Petronas untuk memberi peluang kepada peserta merasai sendiri keistimewaan produk ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Peserta Dynamic Xperience.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Peserta Dynamic Xperience.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan