Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petronas Nafi Berita Jual Aset, Pegangan Kepada Entiti Rusia

petronass2-600x366-600x366

KUALA LUMPUR – Syarikat minyak nasional, Petronas, menafikan berita ia sedang mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari Rusia bagi penjualan aset dan pegangan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas belum dan pada masa ini tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari Rusia bagi tujuan yang dinyatakan di atas,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Petronas berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa laporan akhbar baru-baru ini dari Rusia mengenai perbincangan yang bertujuan bagi pelupusan ‘aset’ dan ‘pegangan’ tertentu Petronas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan