Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petronas Biayai RM67 Juta Bagi Operasi SAR MH370 yang hilang

petronas mh370

KUALA LUMPUR– Petroliam Nasional Bhd akan membiayai RM67 juta bagi penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan Isnin berkata kelengkapan pencarian dalam air dan kapal sokongan itu akan digunakan bagi pencarian laut dalam.

“Kedua-dua aset itu, yang dibekalkan oleh DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, akan menyertai pencarian di bawah pendekatan kelengkapan disediakan kerajaan di mana syarikat Malaysia merupakan sebahagian daripada sumber untuk membiayai operasi SAR.

“Sebelum ini, Petronas telah membenarkan penggunaan kapal geo-hazard survey miliknya, MV Teknik Putra, antara 10-16 Mac, 2014, bagi operasi pencarian awal pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan,” kata syarikat tersebut.

Kapal itu kini telah kembali melakukan tugas-tugas rutinnya selepas misi tersebut selesai.

Komen


Berita Berkaitan