Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petronas Beri Sumbangan Kepada Penduduk Lahad Datu

petronass

KUALA LUMPUR – Petronas dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan makanan dan peralatan sekolah kepada 30 penduduk Kampung Mundas Tungku, Lahad Datu, Sabah pada 6 Jun lalu.

Unit Perhubungan Media Jabatan Komunikasi Luar, Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas berkata, penerima sumbangan itu terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mereka adalah sebahagian daripada golongan sasaran bagi Program Sahabat Maritim iaitu satu inisiatif Petronas dan APMM bagi mendekati masyarakat Sabah di persisiran pantai dan memberi kesedaran kepada komuniti nelayan tentang keselamatan ketika di laut.

“Majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk tempatan itu turut menyaksikan penyerahan 30 jaket keselamatan oleh Petronas dan APMM kepada golongan nelayan kawasan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Pengerusi Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Mohamed Firouz Asnan dalam kenyataan itu berkata, Program Sahabat Maritim itu merupakan platform khidmat masyarakat bagi mendekati komuniti nelayan.

Menurutnya, program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran kepada penduduk kawasan tersebut tentang keselamatan ketika berada di laut.

“Kami amat prihatin akan keselamatan nelayan, seperti kami menitikberatkan keselamatan pekerja-pekerja Petronas,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan