Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petronas Beri Sabah Pegangan 10 Peratus Dalam LNG 9

petronas sabah

KOTA KINABALU– Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersetuju untuk memberikan kerajaan negeri Sabah pegangan 10 peratus dalam Liquefied Natural Gas Sdn Bhd 9 (LNG 9) di Bintulu, Sarawak.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sebagaimana yang diumumkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Julai, Petronas ketika itu pada dasarnya bersetuju untuk memberikan Sabah pegangan lima peratus dalam operasi LNG tetapi kerajaan negeri berkata akan berusaha untuk mendapatkan pegangan 10 peratus.

“Saya gembira untuk mengumumkan hari ini bahawa Petronas telah bersetuju untuk memberikan Sabah penyertaan yang lebih besar dengan meningkatkan kepentingannya kepada 10 peratus,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata tawaran itu hasil beberapa rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas.

Beliau berkata kerajaan negeri komited untuk membangunkan industri minyak dan gas Sabah, yang jelas dilihat melalui projek-projek berimpak tinggi seperti Industri Minyak dan Gas Sipitang, yang juga menempatkan antara lain Projek Kilang Urea Ammonia Sabah (Samur) di Sipitang bernilai RM4.5 bilion.

“Saya yakin melalui kerjasama erat dengan Petronas, Sabah boleh mengharapkan perkembangan yang lebih menarik dalam industri minyak dan gas, “katanya.

Komen


Berita Berkaitan