Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petronas Agih Bekalan Mentah Bernilai RM100,000

petornas

KOTA BAHARU – Petronas mengagihkan bekalan mentah bernilai RM100,000 untuk kegunaan mangsa banjir di semua pusat pemindahan diKelantan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata antara bahan mentah yang diagihkan adalah beras, ayam, daging serta beberapa bahan asas yang lain.

“Kami prihatin terhadap nasib mangsa banjir dan ini juga merupakan satu daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada mangsa banjir.

“Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk diedarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga menyediakan sebuah helikopter kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk digunakan bagi menyelamat mangsa banjir.

“Di sekitar pusat pemindahan di Terengganu dan Pahang, pihak kami menyumbang sejumlah selinder gas dan dapur memasak untuk kegunaan mangsa banjir di situ,” katanya.

Katanya, bekalan bahan mentah juga turut diedarkan ke Terengganu dan Pahang.-BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan