Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PETIKAN BALAS TERHADAP ARTIKEL 5 SEBAB TAK PERCAYA TERHADAP MUSA AMAN OLEH PEMILIK AKAUN FB BERNAMA @Ihksan Majin

ihksanmajin

Seorang Aktivis Politik Pembangkang di Sabah Daniel John Jambun yang juga Presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIM), menggariskan 5 sebab kenapa usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Musa Aman harus dilakukan. Maka saya terpanggil membuat kritikan balas kepada perkara yang dibangkitkan oleh Saudara Daniel seperti berikut,

1. Musa Aman tidak dilantik sebagai KM selaras dalam perlembagaan negeri

Dibawah Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah, atas Kuasa yg diberikan padanya TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah akan melantik seorang yang mengikut budi bicaranya , mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Sabah.

Semasa PRU13, BN Sabah dibawah pimpinan Datuk Musa memenangi 48 dari 60 kerusi DUN yg ditandingi dan Musa selaku Pengerusi BN Sabah kemudiannya dilantik oleh TYT sebagai Ketua Menteri.

Datuk Musa selaku Ketua Parti UMNO di Sabah juga memimpin UMNO Sabah untuk memenangi 31 dari 32 kerusi yg diperuntukkan  UMNO Sabah . Sehubungan itu, perlantikan Musa sebagai Ketua Menteri juga adalah selaras dengan Perkara Tambahan 6(7) dalam Perlembagaan Negeri.

2. Musa Aman bukan sahaja gagal untuk memastikan isu royalti minyak lebih tinggi untuk Sabah seperti yang diharapkan rakyat, tetapi turut menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu

Hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah telah meningkatkan pencapaian industri Minyak dan Gas di Sabah, khususnya dalam era pentadbiran Musa Aman sebagai Ketua Menteri.
Kesungguhan BN Sabah menuntut manafaat yg lebih dari hasil minyak Petroleum di Sabah terbukti dengan Manifesto Tambahan PRU13 BN Sabah  dimana Perkara 5 menyebut:

“INDUSTRI MINYAK DAN GAS-meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk pembangunan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas Sabah. Mendapatkan lebih banyak manfaat dan penyertaan rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas di negeri Sabah”

Agihan royalti minyak yg diterima Sabah adalah berdasarkan Pengeluaran Kasar Minyak Mentah dan bukannya Pengeluaran Bersih. Agihan tersebut adalah seperti berikut: Bagi setiap Pengeluaran Kasar 100 Tong Minyak Mentah di Sabah

1. Sabah (Royalti) — 5 Tong (5%)

2. Persekutuan(Royalti)- 5 Tong (5%)

3. Kos Pengeluaran- 45 Tong (45%)

4. Keuntungan kasar dikongsi oleh Syarikat Operasi Carigali/ PETRONAS– 45 Tong (45%)

Dari pengagihan diatas, jelas bahwa Kerajaan Persekutuan sekiranya bersedia untuk memberi royalti tambahan kepada Sabah, hanya mampu memberi 5% tambahan yang merupakan royalti yg dimilikinya dan menjadikan royalti maksima untuk Sabah meningkat kepada 10%. Oleh itu, suara parti pembangkang yang kononnya mampu memastikan royalti untuk Sabah meningkat hingga 20% dan 50% adalah retorik dan gimik politik semata-mata dan tidak berlandas kepada realiti.

Nilai 5% royalti minyak untuk Sabah pada tahun 2013 adalah RM975 Juta. Sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah royalti untuk Sabah menjadi 10% maka anggaran terimaan royalti yang bakal diterima ialah RM1950 Juta.

Namun sekiranya pun royalti untuk Sabah masih kekal 5% , Sabah masih juga menerima Peruntukan Pembangunan dari Kerajaan Persekutuan berjumlah hampir RM5000 juta setiap tahun. Jumlah Peruntukan Persekutuan ini melebihi 20% nilai pengeluaran kasar minyak Petroleum di Sabah!

Pendekatan bijaksana yg diambil kerajaan negeri pimpinan Musa Aman adalah dengan mengadakan Perundingan dari semasa kesemasa dengan Perdana Menteri dan PETRONAS untuk terus meningkatkan nilai tambah industri Minyak Petroleum di negeri ini.

Antara kejayaan yg dicapai termasuk pewujudan hab industri hiliran minyak dan gas petroleum di pantai barat Sabah termasuk Kilang Memproses Baja Urea Ammonia(SAMUR), Loji Tenaga Gas 300MW, Sabah Oil Gas Landing Terminal dan Sabah Oil Gas Industrial Park(SOGIP). Pelaburan yg bernilai puluhan billion ringgit ini merupakan hasil komitmen serta ‘Political Will’ yg ditunjukkan oleh Kerajaan Sabah pimpinan Musa Aman.

Kewujudan industri huluan dan hiliran Petroleum di Sabah juga menjanjikan lebih banyak peluang pekerjaan serta perniagaan untuk anak-anak Sabah. Untuk penyediaan belia Sabah yang berkelayakan mencebur diri dalam keperluan tenaga kerja di sektor ini, kerajaan Sabah juga berjaya meyakinkan PETRONAS untuk menubuhkan institusi atau Akademi Latihan Kimanis Petroleum Center bagi melatih anak-anak dalam bidang teknikal yang diperlukan oleh sektor ini.

Selain itu, hubungan baik kerajaan Sabah dan PETRONAS juga memberi manafaat sampingan termasuk penyediaan Biasiswa untuk pelajar cemerlang Sabah dan juga kerjasama penjagaan Alam Semula Jadi di Sabah dengan PETRONAS contohnya menyumbang Dana RM77 juta dalam Program Penyelidikan di Imbak Canyon.

Sehubungan itu, jelas sudah bahwa tidak ada keperluan untuk Kerajaan negeri menggunakan pendekatan lain untuk meningkatkan hasil serta nilai dari perolehan Minyak dan gas petroleum di Sabah setakat ini. Lagi pun, setelah Sarawak meluluskan Usul meningkatkan kadar royalti minyak di sidang DUN Sarawak baru-baru ini, maka sebarang perubahan dasar Akta Pembangunan Petroleum(PDA) akan juga berkuat-kuasa untuk seluruh negara termasuk Sabah.

3. Musa Aman gagal mendesak Putrajaya untuk melengkapkan Esscom dan Tentera Laut di Sabah dengan tenaga kerja serta peralatan yang mencukupi untuk menangani masalah keselamatan

Objektif penubuhan Esscom diwujudkan untuk mengawal keselamatan bahagian Pantai Timur Negeri Sabah khasnya Kawasan Daerah Lahad Datu, Semporna dan Kunak daripada pencerobohan luar dan bagi mengelakkan peristiwa pencerobohan Bersenjata Kumpulan Militan Filipina Selatan berlaku lagi.

Sejak ditubuhkan belum ada berlaku kejadian pencerobohan oleh Kumpulan Militan Filipinan Selatan walaupun ada laporan bahawa kumpulan tersebut berhasrat untuk menceroboh masuk ke Negeri Sabah lagi.

Kejadian penculikan merupakan Jenayah Rentas Sempadan yang dilakukan oleh sekumpulan Individu bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan dan insiden ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Persekutuan.

Musa selaku Pengerusi Esscom tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Walaubagaimanapun, Musa telah mengadakan rundingan hati ke hati dengan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan pihak berkuasa terbabit bagi memantau kejadian penculikan supaya tidak berlaku lagi.

Esscom telah diarahkan untuk bekerjasama dengan KDN dalam usaha meningkatkan keselamatan dan memastikan insiden penculikan dapat ditangani dengan lebih berkesan

Keprihatinan Kerajaan Persekutuan jelas dilihat apabila Menteri Pertahanan Malaysia Dato Seri Hishammudin Tun Hussein Onn telah beberapa kali mengadakan lawatan ke Sabah bagi meninjau keperluan aset dan anggota tambahan untuk pertahanan Pantai Timur Sabah yang berkeluasan 1733km persegi

Di samping itu juga, usaha bersepadu dan berterusan dijalankan oleh pelbagai agensi keselamatan untuk melakukan operasi membenteras PATI yang berkemungkinan menjadi dalang dan terlibat sebagai pengintip dalam jenayah rentas sempadan dan juga berkemungkinan menjadi “sleeping cell” kepada kumpulan Militan Filipan . Antara operasi berterusan yg di tujukan kepada penempatan setinggan atas air termasuk lah yg dilakukan di kunak baru-baru ini yang melibatkan penahanan ratusan PATI termasuk 6 orang yg di dakwa sebagai tali-barut Kumpulan Militan Filipinan Selatan.

Kenyataan Saudara Daniel Jambun mengenai ketidak sungguhan Musa meminta Kerajaan Persekutuan untuk menambah aset dan anggota bagi memantapkan Esscom adalah satu kenyataan yang dibuat sambil lewa.

Ini terbukti apabila, Kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan melakukan penstrukturan semula Esscom dengan melantik Komander Esscom dan penambahan aset serta lebih ramai anggota bagi memantapkan lagi Esscom.

4. Musa Aman dilihat seolah-olah tidak prihatin dengan hasil laporan RCI yang sehingga kini belum nampak hasilnya. Semasa sesi persidangan membentangkan RCI, nama Musa juga dikaitkan terbabit dalam Projek IC yang diberi kepada pendatang haram.

Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai PTI di Sabah telah pun diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan menyalahkan Musa atas kelewatan susulan hasil Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah tidak wajar kerana tindakan susulan terpulang kepada kerajaan persekutuan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Ini jelas menunjukkan bahawa perkara itu adalah di luar bidang kuasa Ketua Menteri Sabah.

Tuduhan bahawa Musa juga terlibat memberikan dokumen palsu kepada PATI adalah fitnah dan berniat jahat untuk membangkitkan perasaan benci masyarakat kepada kepimpinan Musa sebagai Ketua Menteri.

Ketika prosiding RCI berlangsung, mantan peguam negeri iaitu Datuk Roderick telah mematahkan segala tuduhan-tuduhan liar yang mengaitkan Musa dan Kerajaan Negeri dalam memberikan dokumen palsu kepada PATI.

5. Musa Aman sudah lama menjadi Ketua Menteri, beliau semakin leka dalam melaksanakan tugas nya.

Pentadbiran Musa sebagai Ketua Menteri Sabah adalah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada BN dan tempoh lama mentadbir atau tidak bukanlah isu yang seharusnya dilontarkan oleh pihak pembangkang.

Sepanjang pentadbiran beliau sebagai Ketua Menteri sehingga kini, telah banyak pembangunan yang dilakukan untuk Negeri Sabah.

Musa juga berjaya memulihkan prestasi kewangan dan ekonomi negeri.

Beliau juga berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di sabah daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun 2012.

Beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat yang sering mengadakan lawatan ke seluruh Sabah untuk berjumpa dengan rakyat. Buktinya, sila terokai sendiri laman FB rasmi beliau di alamat https://www.facebook.com/pages/Musa-Aman/118554321511916

Komen


Berita Berkaitan