Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peti harta karun Inca?

Peti dipercayai milik kapal dari Peru yang karam 100 tahun lalu. Gambar kanan, kapal Seabed Constructor yang diberi kontrak mencari pesawat MH370. FOTO EPA-AFE & Agensi

 

London: Kejadian kapal pencari MH370 yang ‘lenyap’ selama 80 jam minggu lalu, menimbulkan pelbagai teori, termasuk kapal itu, Seabed Container, mencari harta karun sebuah kapal Peru yang karam 100 tahun lalu.

Gambar peti harta karun berkenaan dirakam kapal pencari MH370 sebelum ini, milik Fugro yang diberi kontrak mengesan pesawat terbabit,

Peti itu ditemui di dasar Lautan Hindi, empat kilometer dari permukaan laut di kawasan yang digelar Shipwreck #1.

 Berdekatan ialah Shipwreck #2 yang yang dikatakan lokasi kapal barang Peru yang hilang ketika dalam pelayaran ke Sydney lebih 100 tahun lalu.

Penemuan peti dan kapal berkenaan mencetuskan desas-desus mengenai emas Inca.

Kedua-dua lokasi berada dalam kawasan yang dianggap pakar berkemungkinan paling tinggi MH370 terhempas selepas kehabisan minyak.

Seabed Constructor hilang daripada radar selama 80 jam selepas Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal itu dilaporkan ditutup pada 31 Januari lalu.

Sistem itu dibuka semula 80 jam kemudian, namun sehingga kini sebab ia ditutup masih belum jelas dan lokasi kapal itu dalam tempoh berkenaan, tidak dirakam.

Kejadian berlaku 10 hari selepas kapal itu memulakan usaha mencari MH370 untuk kerajaan Malaysia dengan kontrak tiada bayaran jika tiada penemuan. Namun syarikat itu akan menerima sehingga RM216 juta jika ia berjaya menemui MH370 dalam masa 90 hari.

Menurut Daily Mail, Kapal Havila Harmony milik Fugro yang menemui bangkai kapal Peru itu pada Mac 2015, menyangka ia sebahagian daripada pesawat MH370 dengan banyak serpihan lain dikesan sonar bertaburan di dasar laut.

Namun, kegembiraan mereka terhenti apabila mendapati ia adalah kapal lama.

Selain sauh yang bentuknya popular pada 1820-an, menjadi objek penting mengenal pasti kapal berkenaan, turut ditemui kotak besar.

“Apa yang tinggal di bawah sana ialah satu kotak besar, namun persoalannya, apakah isi kotak itu,” kata CEO Fugro, Paul Kennedy.

Don Thompson, kru asal Independent Group MH370 yang memberi nasihat kepada kerajaan yang mempunyai rakyat dalam MH370, percaya kotak itu ialah tangki air. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan