Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peti besi di rumah Najib dibuka

GAMBAR fail, beberapa kenderaan polis dilihat memasuki pekarangan kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta. – Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini telah berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia adalah sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya sudah hilang,” katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya adalah sebahagian daripada rumah berkenaan.

“Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci berkenaan sudah lama hilang.

Penggeledahan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu, serta lima lagi lokasi lain, adalah sebahagian daripada siasatan kes penyelewengan dana, syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (IMDB). – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan