Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peti besi berisi RM13, 000 hilang, dua pengawal keselamatan ditahan

7:49pm 01/02/2016 Ann Vivien 96 views Jenayah,Tempatan
Gambar hiasan

Gambar hiasan

TAWAU: Polis menahan dua pengawal keselamatan berusia 34 dan 49 tahun bagi membantu siasatan kes pecah masuk di pejabat Jabatan Air daerah yang menyaksikan sebuah peti besi berisi RM13, 000 dilarikan dalam kejadian di antara jam 11.09 pagi pada Ahad dan 7.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati gril besi tingkap pejabat diumpil oleh penjenayah yang kemudiannya membuka tingkap jenis gelongsor di pejabat berkenaan.

Menurutnya, penjenayah dipercayai memasuki tiga bilik pejabat, manakala bilik kaunter pembayaran dipecah pintu dan sebuah peti besi berukuran 18 x 12 inci didapati hilang dicuri.

“Pejabat itu kali terakhir digunakan Jumaat lalu pada jam 5 petang dengan kawalan pengawal keselamatan dari jam 7 malam hingga 7 pagi. Semakan awal dari Kamera Litar Tertutup (CCTV) pula mendapati tiada rakaman dibuat dari 30 Januari pada jam 7 pagi sehingga 1 Februari, jam 8 pagi,” katanya sambil menambah perkara itu berpunca daripada alat sokongan bateri tidak berfungsi.

Fadil juga berkata, tujuh kesan cap jari berjaya ditimbulkan di tempat kejadian iaitu pada cermin tingkap, pintu dan laci dan kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan