Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peter hadir ke pejabat SPRM esok

NAIB Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony. – Foto Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony yang menjadi antara dua individu dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dijangka hadir ke Pejabat SPRM Sabah, petang esok.

Peter, 47, dicari SPRM bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di daerah Tongod, Sabah bernilai kira-kira RM155 juta, dikatakan kini berada di Keningau bersama keluarganya.

Peguam WARISAN, Martin Tommy ketika dihubungi BH, berkata Peter kini berada di Keningau bersama keluarganya untuk berehat kerana kurang sihat.

“Saya bersama Peter akan ke Pejabat SPRM Sabah jam jam 2.30 petang esok,” katanya.

Martin juga memaklumkan dia terkejut melihat notis diberikan SPRM dan hanya mengetahuinya pagi tadi.

“Saya sudah menghubungi SPRM hari ini berkaitan notis itu dan akan ke Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 2.30 petang esok,” katanya.

Beliau berkata, Peter tidak akan melanggar syarat jaminan SPRM yang akan tamat pada 26 Januari ini, sejak November lalu.

Sehubungan itu, beliau menafikan laporan Peter kini berada di luar negara.

Pagi tadi seorang pemimpin WARISAN memberitahu BH, Peter yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia kini dipercayai berada di luar negara bersama keluarganya.

SPRM dalam kenyataan media semalam, dilaporkan sedang mengesan dua individu iaitu Peter dan seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, dari Taman Rainfield, di sini.

Mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan berkaitan kes urusan pembelian tanah berkenaan.

Sebelum ini, Peter adalah antara 13 individu disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara tahun 2009 hingga 2015. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan