Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peter Anthony direman empat hari lagi

Kota Kinabalu: Tempoh tahanan reman Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony, yang disiasat berhubung kes urusan pembelian tanah ladang sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod dilanjutkan empat hari lagi bermula esok selepas tempoh tahanan reman selama tiga hari bermula sabtu lalu tamat pada hari ini. 

Majistret Stephanie Sherron Abie membenarkan sambungan reman Peter bermula esok dan berakhir pada Jumaat, berikutan permohonan dibuat Pegawai Pendakwaan SPRM Sabah, Mohd Faliq Basiruddin.

Peter, 47, yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, diwakili peguam Martin Tommy.

Beliau yang memakai baju lokap SPRM tiba dengan diiringi pegawai SPRM, pada kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret dan dibawa keluar pada kira-kira jam 9.50 pagi.

Perintah tahanan reman itu diminta bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)  (A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, pemimpin parti pembangkang itu hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah pada jam 10.25 pagi 5 Januari lalu bagi membantu siasatan urus niaga pembelian tanah di Tongod bernilai RM155 juta beberapa tahun lalu.

Ini berikutan tindakan SPRM memberi tempoh 48 jam pada 3 Januari lalu kepadanya dan seorang lagi individu untuk menyerah diri dan memberikan kerjasama berhubung siasatan kes pembelian tanah berkenaan./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan