Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peter Anthony dibebaskan dengan ikat jamin RM55 ribu tanpa deposit

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony dengan jaminan RM55,000 tanpa deposit selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini.

Peter, 47, dikenakan tahanan reman yang bermula 6 Januari lalu itu adalah susulan siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah ladang sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod.

Peter, 47, yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, hadir ke Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 9.40 pagi tadi sebelum keluar dari kamar Majistret kira-kira sejam kemudian dengan diwakili peguam Martin Tommy.

Penetapan pembebasan itu dilakukan oleh Majistret Afiq Agoes.

Pegawai Pendakwaan SPRM Sabah, Mohd Faliq Basiruddin berkata, pembayaran wang jaminan itu dibuat di bangunan SPRM dengan seorang penjamin tempatan.

Jelas beliau, salah seorang lagi individu yang dipercayai terlibat dengan siasatan kes itu kini masih belum dapat dikesan sehingga ke hari ini dan pihaknya masih menunggu arahan daripada pihak atasan SPRM untuk tindakan lanjut./SayangSabah

Peter yang hadir ke mahkamah hari ini. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan