Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petani ditemui mati

gambar hiasan
gambar hiasan

RANAU: Seorang petani ditemui mati oleh isterinya dengan pergelangan tangan berdarah berhampiran pondok kebun mereka di sini pada hari Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Malinsau Ranau kira-kira 85 kilometer dari Pekan Ranau itu, mangsa Maidi Andangan, 59 ditemui mati dengan kesan kelaran pergelangan tangan kanannya.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah yang mengesahkan kes itu kepada media memberitahu bahawa kejadian diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Katanya, sebelum kejadian yang berlaku di kebun getah milik mangsa pada kira-kira jam 12.00 tengahari pada Isnin itu, difahamkan mangsa keluar menoreh getah dengan isteri dan anaknya pada sekitar jam 7.00 pagi.

“Pada pagi itu, mangsa bersama isterinya telah ke kebun getah mereka untuk menoreh getah dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang 1 kilometer dari rumah mereka.

“Sampai di kebun mangsa telah menyuruh isterinya menoreh di bahagian bawah bukit sementara itu mangsa telah naik ke bahagian atas kebun iaitu di atas bukit untuk menoreh getah.

“Lebih kurang jam 12.00 tengahari isteri mangsa telah naik ke bahagian atas bukit untuk mencari mangsa. Apabila sampai diatas bukit isteri mangsa dapati mangsa terbaring di atas tanah di luar pondok dalam kebun getahnya,” jelas beliau.

Farhan berkata, apabila melihat mangsa dalam keadaan begitu, isteri mangsa turun semula ke bawah dan maklumkan kepada anak lelaki mereka dan mereka berdua naik ke atas semula.

“Anak lelaki mangsa telah mengangkat mangsa dan meletakkannya di dalam pondok, sebelum mendapatkan bantuan orang kampung untuk menghubungi pihak polis,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, siasatan awal menunjukkan simati didapati cedera di bahagian pergelangan tangan kanan, dan luka itu disyaki akibat terkena mata pisau menoreh getah semasa simati sedang menoreh getah.

“Keadaan bentuk muka bumi kawasan kejadian adalah berbukit dan keadaan permukaan tanah licin akibat hujan. Disyaki mangsa tergelincir semasa menoreh dan mata pisau toreh terkena di bahagian pergelangan tangan kanannya.

“Insiden itu mengakibatkan saluran darah utama di bahagian pergelangan tangan kanan mangsa telah tercedera,” jelas beliau ketika dihubungi media di pejabatnya pada hari Selasa.

Farhan menambah bahawa terdapat kesan darah yang banyak di bahagian bawah pokok getah dimana mangsa mula-mula tercedera, sebelum dia berjalan lebih kurang 30 meter dari tempat dia cedera untuk ke pondok dan rebah berhampiran pondok rehat.

“Dalam kejadian ini berpandukan daripada siasatan ditempat kejadian setakat ini dapati tidak ada unsur-unsur jenayah ditemui. Mayat Mangsa telah di bawa ke Hospital Ranau untuk tujuan bedah siasat,” jelas beliau. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan