Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Petani dibebaskan dari pertuduhan merogol dan cubaan merogol anak saudara

4:36pm 16/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 91 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU-  Seorang petani dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen, hari ini dari dua pertuduhan merogol dan cubaan merogol anak saudaranya.
Hakim Dean Wayne Daly membebaskan tetuduh dari kedua-dua pertuduhan setelah pengadu menarik balik laporan tersebut.

Tertuduh, 45 telah didakwa merogol anak saudaranya yang berumur 12 tahun di sebuah rumah, Tenom pada jam 1 pagi pada 13 April, tahun ini.
Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan,jika disabitkan kesalahan.
Pertuduhan yang kedua menyatakan tertuduh telah melakukan kesalahan cubaan merogol ke atas mangsa yang sama pada 14 April, tahun ini, pada jam 1.30 pagi, di tempat yang sama.
Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dari lima hingga 10 tahun serta sebat, jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Dinesh Raja mewakili pihak perdakwaan. Manakala, tertuduh diwakili oleh peguam bela Timothy Daut. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan