Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Petani dan Nelayan bukan pekerjaan untuk orang miskin- Badruddin

10:32pm 10/03/2016 Leolerry Lajius 87 views Perniagaan,Tempatan
Badruddin (tengah) ketika melawat gerai yang menyertai program 'My Best Buy'.-Gambar Oleh Alex Mairin

Badruddin (tengah) ketika melawat gerai yang menyertai program ‘My Best Buy’.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pandangan bahawa pekerjaan sebagai petani dan nelayan adalah pekerjaan orang miskin harus dikikis dari minda masyarakat kerana pekerjaan tersebut merupakan antara penyumbang utama kepada barang keperluan harian masyarakat.

Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin, masyarakat tidak sepatutnya berpandangan sedemikian kerana kedua-dua pekerjaan tersebut merupakan antara pembekal utama kepada keperluan penduduk dan dalam masa yang sama beliau juga menggalakkan agar lebih ramai siswazah Program Kelab Usahawan Tani (Myagrosis) membabitkan diri dalam sektor pertanian moden bagi menyokong industri pasar tani negara ini.

“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, jika siswazah menceburi bidang keusahawanan mereka mempunyai potensi ke arah yang lebih berjaya untuk mengembangkan perniagaan mereka, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Pasar Tani ‘My Best Buy’ yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sekaligus melancarkan penubuhan MyAgrosis UMS, di UMS, hari ini.

Badruddin (kanan) dan Naib Canselor UMS Prof. Datuk Mohd Harun Abdullah (kiri) ketika melancarkan program 'My Best Buy'.-Gambar Oleh Alex Mairin

Badruddin (kanan) dan Naib Canselor UMS Prof. Datuk Mohd Harun Abdullah (kiri) ketika melancarkan program ‘My Best Buy’.-Gambar Oleh Alex Mairin

Menurut beliau lagi, jumlah nilai barangan makanan yang diimport oleh negara ini untuk memenuhi keperluan rakyat mencapai RM17 bilion dan jika lebih ramai golongan belia yang melibatkan diri dalam bidang keusahawan sudah tentu bekalan pertanian di semua pasar tani di seluruh negara akan mencukupi dan memastikan harga yang ditawarkan juga berpatutan.

“MyAgrosis telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan setakat ini ahli kelab yang baru mencecah 30, 000 orang di seluruh negara.”

“Kelab ini juga telah bertapak di 40 buah universiti dan setakat ini UMS merupakan universiti yang terbaru atau bongsu sekali dalam penubuhan kelab ini,”katanya.

Badruddin juga berkata bahawa, usaha ini juga bagi memberi peluang kepada generasi muda di negara ini membabitkan diri dalam bidang pertanian dan seterusnya ke bidang perniagaan yang lebih berdaya maju. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Suasana gerai yang mengikuti program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Suasana gerai yang mengikuti program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan