Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Petani bina pesawat tak boleh terbang

CHEN menunjukkan pesawat binaannya.
CHEN menunjukkan pesawat binaannya.

Beijing: Seorang petani, Chen Lianxue berjaya membina pesawatnya sendiri di pekan Gansu.

Pesawat rekaan Chen, 50, itu mempunyai sayap sepanjang 4.2 meter, dengan badan pesawat sepanjang 10.5 meter dan setinggi 1.6 meter.

Kapal terbang kecil yang ekornya turut dihiasi bintang merah, malangnya tidak boleh terbang.

Chen sebelum ini pernah bekerja sebagai juruelektrik. Katanya, dia rasa serabut kerana semua tempat terlalu sesak pada zaman ini.

“Jalan raya dipenuhi kereta kerana sistem pengangkutan lain tidak dibangunkan dengan baik di barat laut China ini.

“Saya pernah terpandang ke langit dan melihat betapa luasnya langit. Ketika itu saya terfikir, jika penduduk kampung ini mempunyai pesawat alangkah hebatnya,” katanya.

Chen terpaksa berhenti sekolah pada usia remaja, tetapi amat meminati penerbangan dan pesawat menyebabkan dia banyak membaca mengenai topik itu sama ada di Internet, buku atau majalah.

Akhirnya dia mengeluarkan wang simpanannya berjumlah 28,000 yuan (RM18,800) untuk membeli enjin, aluminum, tayar dan barangan lain diperlukan bagi merealisasikan impiannya membina pesawat.

Kapal terbangnya siap selepas mengambil masa dua tahun membuat kajian serta reka bentuknya.

“Saya pernah cuba menerbangkannya, tetapi tidak berjaya. Saya akan cuba memanjangkan sayapnya untuk membolehkan ia terbang,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan