Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesuruhjaya Polis Sabah Terima Ijazah Kehormat Sarjana Sastera Dari UMS

7:41pm 26/11/2016 Pak Roshan 16 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera (Keselamatan dan Ketenteraman Awam) oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS, pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-18 di sini.

Abdul Rashid, yang juga bekas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ketika berucap, melahirkan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UMS atas anugerah itu.

Beliau menyifatkan anugerah berkenaan sebagai satu pengiktirafan besar dalam kerjaya kepolisan yang diceburinya sejak 40 tahun lalu.

“Dengan anugerah ini, ia merangsang saya untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat ke arah keharmonian, pembangunan dan mendukung agenda utama kerajaan Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, UMS turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Akuakultur) kepada Presiden Universiti Kindai, Jepun, Prof Dr Hitoshi Shiozaki.

Majlis Konvokesyen yang bermula hari ini sehingga 28 Nov itu menyaksikan 5,207 pelajar menerima diploma dan ijazah masing-masing.

Daripada jumlah itu, 50 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (563), Ijazah Sarjana Muda (4,530) dan Diploma 62 graduan.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan