Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesuruhjaya Polis Sabah Mahu Wujudkan Kegerunan Pada Musuh

kps

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mahu memastikan musuh yang cuba mengancam keselamatan penduduk di negeri itu berasa gerun dengan polis Sabah dan membatalkan hasrat mereka.

Katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya sebagai pegawai polis marin di Sabah selama 12 tahun dari 1978 hingga 1990 bagi tujuan itu.

“Kita akan mewujudkan kegerunan musuh-musuh yang cuba masuk ke perairan Sabah dan mengancam kesejahteraan dan keselamatan khususnya penduduk-penduduk di tepi pantai Sabah dan pulau-pulau,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang semula dengan agensi penguat kuasa di laut bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sabah.

Selain itu katanya beliau juga mahu mengadakan semula mesyuarat dua hala dengan pihak berkuasa Filipina bagi membincangkan aspek keselamatan di sempadan.

“Ini perkara yang penting supaya pertukaran maklumat sentiasa wujud,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan