Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesuruhjaya Polis Sabah Harap Perintah Berkurung Diteruskan

6:31pm 29/12/2015 Pak Roshan 72 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Datuk Jalaluddin

Datuk Jalaluddin

KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, yang bakal menyandang jawatan baharu, berharap penggantinya akan meneruskan perintah berkurung waktu malam yang dilaksanakannya di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata perintah berkurung itu adalah langkah penting bagi menjamin keselamatan di ESSZone.

“Saya berpendapat, sekiranya kami tidak meneruskannya (perintah berkurung waktu malam), agensi di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas penguatkuasaan kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Kontinjen Polis Sabah di sini, Selasa.

Jalaluddin berkata perintah berkurung itu juga memberi manfaat kepada nelayan tempatan kerana ia membolehkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan di bawah pengawasan pasukan keselamatan.

“Sebab itulah kami mengeluarkan permit (kepada nelayan dalam tempoh perintah berkurung itu dikuatkuasakan). Apabila mereka keluar menangkap ikan, kami memantau dan mereka pula bertindak sebagai mata dan teliga kami.

“Oleh itu, saya berharap perintah berkurung ini akan diteruskan,” katanya.

Jalaluddin melaksanakan perintah berkurung itu selama dua minggu bermula 19 Julai tahun lepas. Perintah itu kemudian dilanjutkan sebanyak 33 kali.

Mulai Khamis ini, Jalaluddin menjalankan tugas baharunya sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Bukit Aman.

Pada 4 Jan, beliau akan menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah kepada Komander ESSCom Datuk Abd Rashid Harun.

Mengenai kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan di pantai timur Sabah, Jalaluddin mengingatkan pasukan keselamatan supaya tidak berpuas hati dengan tahap tugas yang mereka laksanakan sekarang.

“Penculik sentiasa mengintai peluang. Mereka mengukur kekuatan kita. Sekiranya kita kurangkan kekuatan atau cuai, sudah tentu mereka akan datang (untuk menculik),” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan