Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2017 mendapat sambutan hangat

MUSA (tengah) bersama dif-dif jemputan yang lain memukul gendang sebagai gimik perasmian Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

 

KENANGAN… Musa merakamkan gambar kenangan bersama Susan (lapan dari kanan) serta dif-dif jemputan yang lain sempena Pesta Tarian Naga, Unikorn, dan Singa 2017, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Pesta Tarian Singa, Unikorn dan Naga Tahun 2017 anjuran Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah mendapat sambutan hangat dari segenap peringkat masyarakat di negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata festival tersebut menunjukkan kesepaduan antara masyarakat Cina dengan mempromosi budaya dan tradisi kaum tersebut kepada orang ramai.

“Tarian Naga, Unikorn dan Singa signifikan dalam budaya masyarakat Cina dan memainkan peranan penting dalam menyatupadukan semua etnik yang terdapat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian  sempena perasmian Pesta Tarian Naga, Unikorn, dan Singa, di Kompleks Sukan Likas, disini, hari ini.

MUSA menyampaikan ‘angpau’ kepada wakil- wakil setiap kumpulan tarian naga, unikorn dan singa yang terlibat dalam pesta tersebut. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Menurut Musa, kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran festival yang bercirikan kebudayaan.

“Setiap kumpulan etnik mempunyai nilai positif yang mampu membantu dalam membangunkan dan memajukan negeri Sabah ini,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek berjumlah RM 50,000 kepada Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah yang diwakili oleh Presiden Persatuan, Datuk Susan Wong.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan, dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

MUSA bersalaman dengan Susan selepas merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2017, dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

 

MUSA menyampaikan mok cek berjumlah RM 50,000 kepada Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah yang diwakili Susan (lima dari kanan). Foto: Alex Mairin/SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan