Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PESTA TANGLUNG TUARAN 29 SEPTEMBER INI

 

Ahli jawatankuasa penganjur Pesta Tanglung Tuaran 2018 bersama dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau semasa kunjungan hormat tersebut. Gambar SNT/Ehsan JawatanKuasa Penganjur

KOTA KINABALU: Pesta Tanglung Tuaran 2018 akan diadakan di Astaka Padang Tuaran pada 29 September ini.

Jawatankuasa penganjur pesta ini membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di pejabat beliau di Wisma Kewangan, baru-baru ini untuk memberi taklimat mengenai penganjuran pesta itu.

Antara aturcara yang telah disediakan pada hari itu adalah pertandingan rekaan Tanglung melibatkan tujuh buah sekolah jenis kebangsaan Cina sekitar Tuaran selain persembahan tarian singa, unicorn dan naga serta cabutan tiket bertuah bagi para pengunjung.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Penaja Cawangan UPKO SINO’S-KDM Tuaran, H.S Lee dengan Penganjur bersama yang juga Presiden Lions Club Tuaran, Yong Vui Min.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan