Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesta Regata Lepa Landasan Terbaik Kembangkan Budaya Masyarakat Bajau Semporna

5:50pm 22/04/2016 Pak Roshan 101 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

regata

SEMPORNA : Pesta Regata Lepa yang dianjurkan setiap tahun merupakan landasan terbaik mengembangkan adat resam dan budaya bangsa masyarakat Bajau di Semporna, kata anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata skop penganjurannya perlu diperluaskan pada masa akan datang agar pesta tahunan itu dapat terus menjana perkembangan sektor pelancongan di daerah ini sekaligus memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.

“Kali ini, kita anjurkan Persidangan Antarabangsa Bajau Sama dengan menjemput panel dari negara luar seperti Jepun dan Indonesia.

“Pada pesta kali ini juga kita melihat ruang dan peluang turut diberikan kepada penyanyi tempatan memasarkan album terbitan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada pesta itu di sini Jumaat.

Selain itu, Mohd Shafie berkata program cabaran pacuan empat roda turut diadakan pada pesta itu yang mendapat penyertaan menggalakkan daripada penggemar sukan lasak itu.

Regata Lepa, yang merupakan pesta tahunan penuh warna-warni bagi memberi penghormatan kepada ‘lepa’ atau bot layar dari suku kaum Bajau di Semporna, diadakan selama tiga hari mulai hari ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan