Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesta Panawari kembali dirayakan

Fredian bersama AJK pelaksana program Panawara. - foto Kalawon Sawing
Fredian bersama AJK pelaksana program Panawara. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Nostalgia penganjuran Perayaan Pesta Kaamatan dan Tamu Besar (Panawari) yang pernah dijadikan sebagai acara tahunan semasa Pensiangan menjadi pusat petadbiran daerah ini sekitar tahun 60-an, kini kembali pada tahun ini.

Pegawai Daerah, Fredian Gan berkata, penganjuran acara itu yang diangkat sebagai wadah pemantapan perpaduan dan persefahaman rakyat khususnya warga di daerah ini, dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada 23 Mei ini.

“Perayaan dua dalam satu yang diraihkan selama tiga hari itu bermula pada 21 dan  23 Mei dengan pelbagai pengisian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan perayaan itu, di sini hari ini.

Jelasnya, antara pengisian sambutan perayaaan itu ialah pertandingan sukan rakyat, pameran rumah tradisi yang didirikan oleh setiap mukim, pameran makanan tradisi, persembahan lagu-lagu rakyat, persembahan kebudayaan, pameran dan pertandingan hasil pertanian dan ternakan, pameran jabatan dan agensi kerajaan, pertandingan bercerita dalam bahasa Murut, malam legenda, Unduk Ngadau dan Sugandoi.

Fredian memberitahu, sempena dengan kunjungan ke daerah itu, Ketua Menteri bakal melawat projek pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan, merasmikan Kompleks Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan dan penyerahan geran komunal yang membabitkan empat kawasan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan