Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesta musik dari gunung tarikkan pelancong

11:53am 12/11/2015 Ann Vivien 122 views Pelancongan,Tempatan
Jaimin tiba ke acara tersebut

Jaimin tiba ke acara tersebut

KUNDSANG: Mountain Music Festival yang dianjurkan oleh Persatuan Homestay Walai Tokou diadakan pada hujung minggu, baru-baru ini jelas meriah dengan kehadiran orang ramai yang datang menghadiri acara tersebut.

Daya tarikkan acara tersebut ialah gerai-gerai yang menjual pelbagai produk, termasuk barangan cenderamata, dan makanan serta minuman tempatan. Terdapat juga gerai menjual CD atau cakera padat lagu-lagu tempatan hasil karangan yang dinyanyikan oleh ahli-ahli Persatuan Walai Tokou Homestay di Kundasang.

Yang lebih mempersonakan ialah baju tradisi yang dipakai sekumpulan peserta dan tetamu-tetamu ke acara itu.  Mereka memakai baju tradisi mereka dengan bangga, manakala yang lain berpakaian seragam seni mempertahankan diri, silat.

Muzik dari Dewan Masyarakat Kundasang pula meriah dan menambah daya tarikan bagi acara itu yang sememangnya  sudah berwarna-warni.

Lagu dan tarian serta persembahan muzik juga telah dipersembahkan sepanjang tempoh acara itu.

Jurucakap bagi acara Kohadie Watiman, yang juga penasihat penganjur majlis itu berkata sambutan terhadap perayaan itu telah berkembang tahun demi tahun kerana masyarakat di Kundasang sedar tentang kepentingan perayaan ini dalam mempromosikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan.

Beliau berkata,semasa mengadakan acara ini pertama kali enam tahun lalu, sambutan tidak memuaskan kerana homestay Persatuan Walai Tokou hanya ada 13 peserta sahaja.  Masyarakat sekeliling pun tidak ada yang benar-benar berminat untuk mengambil bahagian pada masa itu.

“Kami tidak berputus asa  dan kini kita mempunyai 50 peserta dan mereka semua sangat bekerjasama dan aktif dalam semua aktiviti kami,” katanya.

 Jaimin (tengah) selepas memotong cake

Jaimin (tengah) selepas memotong cake

Kohadie yang juga Naib Presiden Persatuan Homestay Malaysia berkata masih terdapat banyak permohonan untuk menyertai persatuan dan permohonan mereka sedang disemak oleh jawatankuasa itu sebelum diluluskan.

“Selain keindahan alam semula jadi seperti gunung dan Taman terdapat juga muzik tradisional kita di mana kita menggunakan buluh sebagai alat muzik kami. Alat muzik tradisional lama ini telah ‘dinaiktaraf’ melalui inovasi dan muziknya digubah dengan kreatif. ”

“Dengan muzik warisan budaya dan keindahan alam semula jadi di sekeliling kita, kami yakin bahawa Kundasang mempunyai tarikkan  pelancongan yang berdaya saing. Kami bersedia untuk menyambut tetamu selepas gempa bumi pada bulan Jun tahun ini, “katanya.

Sementara itu, Datuk Jaimin Samitah Timbalan Pengarah Lembaga Kebudayaan Sabah ketika merasmikan Mountain Music Festival berkata acara itu adalah membanggakan kerana ia menggalakkan persefahaman dan hubungan baik di kalangan peserta selain mempamerkan produk pelancongan mereka.

Beliau berkata ia juga membantu untuk mengekalkan norma budaya dan tradisi masyarakat pada umumnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Faimin Kamin dan Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Politik  Kementerian Kebudayaan Pelancongan dan Alam Sekitar.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan