Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesta Makanan tradisional

Traditional food and William
Masakan-makanan tradisi  dengan William

KOTA KINABALU: Pesta  makanan tradisional akan diadakan di Balai Raya Kg Papaga Papar pada  Ogos 1, tahun ini.

Pesta dan pameran yang dijalankan oleh Homestay Koposizon yang terletak di dalam kampung itu akan mempamerkan pelbagai makanan tradisional seperti Bambangan, Tuhau dan Hinava antara lain.

Jurucakap bagi acara itu William Lee berkata acara itu yang akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang juga akan mempamerkan 20 jenis makanan dan masakan tradisi lain.

“Acara tahunan itu diadakan usaha kami untuk menggabungkan makanan tradisional sebagai sebahagian produk pelancongan kami,” kata beliau sambil menambah bahawa ia juga memastikan pengetahuan dan minat dengan makanan tradisional terus hidup untuk generasi akan datang.

“Program menarik lain pada majlis itu ialah pertandingan-pertandinagn seperti ‘Makan Ulat Sagu hidup  ‘dan perstandingan membuat lempeng sagu. Pertandingan makan pisang juga akan diadakan, “kongsi beliau.

Acara itu akan dilancarkan oleh Pengerusi Taman-Taman Sabah dan Lembaga Pengarah Pelancongan Malaysia Dato ‘Seri DZ Adlin.

Orang ramai dijemput hadir.

Secara ringkas Koposizon Homestay Papar terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Koposizon Homestay terdiri daripada 13 buah kampong; Kg Gana, Kg Kopimpinan, Kg Kinuta, Kg Limbahau, Kg Labak, Kg Balalai, Kg Biau, Kg Limputung, Kg Titimboungon, Kg Timbagan, Kg Lakut, Kg Novoung dan Kg Papaga.-Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan