Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesta makanan tradisional-hujan bukan halangan

Pameran makanan traditional
Pameran makanan traditional

KOTA KINABALU: Hujan lebat bukan penghalang pesta makanan tradisional yang telah diadakan di Balai Raya Kg Papaga Papar baru-baru ini.

Jurucakap acara tersebut, William Lee berkata acara tahunan anjuran Homestay Koposizon yang mempamerkan pelbagai makanan tradisional seperti Bambangan, Tuhau dan Hinava antara lain telah mendapat sambutan yang baik.

Menurut beliau, ramai pengunjung telah berkunjung ke pameran itu agak awal dan membuat pembelian barangan makanan tradisional dan buah-buahan tempatan dan terus beredar sebab hujan terlalu lebat.

“Cara membeli pun amat mudah dan pantas bagi mereka sebab pembelian ialah dengan kupon yang dijual disini,” dia berkata sambil menambah bahawa agak ramai pengujung tahun ini berbanding tahun lepas termasuk lah pelancung asing.

“Kami juga mendapat lebih banyak penyertaan daripada rakan-rakan pengusaha homestay kami di sini dan saya percaya penyertaan pengusaha dan juga kunjungan dari orang ramai telah meningkat berbanding masa kami bermula tujuh tahun lalu,” katanya.

William menambah bahawa kehadiran pihak pelancongan menunjukkan sokongan mereka, dan begitu juga kehadiran Pengerusi Taman dan Lembaga Pengarah Pelancongan Malaysia Sabah Dato ‘Seri DZ Adlin yang juga telah melancarkan acara tersebut.

“Dia sentiasa menyokong kami dan kami benar-benar menghargai beliau,” katanya lagi.

William berkata acara yang bermula pada jam 8 pagi hingga jam 5 petang mempamerkan beberapa jenis makanan tradisional, yang telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pengunjung. Makanan yang dijual seperti goreng pisang panas dan buah-buahan telah direbut dalam masa yang singkat.

“Acara tahunan ini ialah usaha kami untuk menggabungkan makanan tradisional dengan produk pelancongan kami yang lain,” kata beliau sambil menambah bahawa ia juga memastikan bahawa pengetahuan tentang makanan tradisional terus hidup untuk generasi akan datang.

Secara ringkas Koposizon Homestay Papar terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Koposizon Homestay terdiri daripada 13 buah kampung, terutamanya Kg Gana, Kg Kopimpinan, Kg Kinuta, Kg Limbahau, Kg Labak, Kg Balalai, Kg Biau, Kg Limputung, Kg Titimboungon, Kg Timbagan, Kg Lakut, Kg Novouing dan Kg papaga.-Sayangsabah.

 

Komen


Berita Berkaitan