Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesta Krismas jadikan UMS contoh IPT terbaik di Malaysia

8:37am 14/12/2015 Leolerry Lajius 3657 views Tempatan
received_1019197821473829

Madius ketika gimik perasmian pesta tersebut.

KOTA KINABALU:.Penganjuran Pesta Krismas edisi ke-4 menjadikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai contoh kepada universiti di Malaysia yang mengutamakan dan cintakan perpaduan.
Demikian ungkapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, ketika berucap merasmikan Pesta Krismas UMS di Glory Christian Centre jalan Damai.

“Saya berharap, Pesta Krismas ini akan terus menjadi budaya di UMS agar dapat dilihat oleh pihak luar bahawa UMS mempunyai keistimewaan dengan memberikan peluang kepada semua penuntut merasai suasana perayaan yang disambut di negara ini, “katanya.

Berucap pada majlis tersebut, beliau juga berharap agar Pesta Krismas pada tahun hadapan akan dapat dibuat di dalam kawasan UMS seperti edisi ke-3 yang lalu dan turut menyarankan agar pihak penganjur membuat persiapan sejak dari awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Tambah beliau, sebagai rakyat Malaysia sifat berpandangan negatif terhadap kepercayaan orang lain haruslah dikikis dan menanamkan sifat saling memahami dan bekerjasama bagi menjamin perpaduan di negara ini.

“Mempolitikkan isu agama tidak akan membawa kepada penyelesaian tetapi jika sifat saling memahami diamalkan, masalah ini akan dapat diselesaikan, ” katanya.

Pesta Krismas pada tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 3,000 ¬†orang pengunjung yang turut menghiburkan para pengujung dengan pelbagai persembahan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan