Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PESTA KAAMATAN DAERAH RANAU AKAN DIRASMI OLEH MASIDI

pic-6
RANAU: Pelbagai acara menarik telah disusun bagi memastikan perasmian sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Ranau berjalan dengan lancar dan meriah pada 17 Mei ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun dijangka akan merasmikan majlis pelancaran tersebut di Dewan Masyarakat Ranau.

Pengerusi Penganjur Kaimin Famin juga berkata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat dan Pembantu Menteri Kerajaan Temoatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam turut sama dijangka hadir ke majlis tersebut.

Bertemakan Kebudayaan Asas Keamanan dan Persahabatan, majlis pelancaran tersebut akan turut diserikan lagi dengan upacara Magavau, Penyampaian Anugerah Luguan Kaamaran, Pertandingan Unduk Ngadau dan pameran produk kraftangan tempatan dan jualan hasil pertanian.

Komen


Berita Berkaitan