Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesta Kaamatan Bermakna Untuk Pupuk Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum Di Sabah

7:29pm 14/05/2016 Pak Roshan 139 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

Mary-Yap1-600x400

TAWAU : Sambutan Pesta Kaamatan sangat bermakna untuk memartabatkan adat dan budaya bangsa serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary yap Kain Ching berkata, sambutan pesta berkenaan amat diperlukan dalam menyemai nilai dan sikap saling menghormati dan toleransi antara kaum.

“Oleh itu sambutan pesta ini harus diraikan bagi memupuk semangat kekitaan dan perkongsian antara kaum, selain membina generasi yang mampu mengekalkan semangat perpaduan dalam pembangunan ekonomi, politik dan sosial.

“Pesta Kaamatan adalah platform terbaik bagi menjana keamanan dan persahabatan selari dengan tema yang diangkat dengan penglibatan dan penyertaan semua suku etnik Sabah,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau 2016 di Dewan Masyarakat Tawau, di sini hari ini.

Yap berkata sambutan pesta Kaamatan pada kali ini turut mengetengahkan pelbagai pertandingan yang dapat menarik minat pengunjung antaranya pertandingan masakan tradisi dan lain-lain yang bersifat kekeluargaan.

Terdahulu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil berkata penganjuran pesta itu bukan sahaja bertujuan sebagai simbolik semata-mata tetapi untuk memartabatkan adat budaya bangsa dan mengerat persahabatan.

“Pada kali ini kita telah anjurkan pesta ini di kawasan bandar bagi memudah penduduk pelbagai kaum di daerah ini untuk sama-sama meraihkannya. Sebelum ini pesta Kaamatan peringkat Tawau di anjurkan di Kampung Tass yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat bandar Tawau,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan