Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peserta UN diminta mendalami pakaian tradisi kaum

8:56pm 19/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Tempatan
Joanna (tengah) bersama ahli jawatankuasa UNK Peringkat Negeri dan para Pengerusi Jawatankuasa UNK daerah

Joanna (tengah) bersama ahli jawatankuasa UNK Peringkat Negeri dan para Pengerusi Jawatankuasa UNK daerah

KOTA KINABALU – Kesemua bakal peserta Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) tahun ini diminta agar mendalami kostum pakaian sesuatu kaum atau suku dari daerah yang mereka wakili.

Pengerusi UNK Peringkat Negeri Sabah 2016, Joanna Datuk Kitingan berkata, setiap corak yang ada pada pakaian tradisi sesuatu kaum mempunyai maksud tersendiri.

“Peserta akan mendalami setiap aspek pakaian tradisi jika bertanya kepada orang yang lebih tua dan berpengetahuan mengenai warisan sesuatu kaum itu,” katanya

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada pengerusi-pengerusi jawatankuasa UNK peringkat daerah dan daerah kecil seluruh negeri di Dewan GC Woolley Muzium Sabah, di sini hari ini.

Menurut beliau, tema UNK pada tahun ini ialah “embrace your culture, speak your mother language” dimana setiap peserta dinilai melalui kepetahan para peserta menggunakan bahasa ibunda mereka masing- masing.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada para penyelaras program agar menganjurkan satu kelas bahasa ibunda di daerah masing- masing agar dapat memperkasakan lagi budaya suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan