Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peserta motivasi cedera selepas berjalan atas arang panas

11:13am 26/06/2016 Pak Roshan 8 views Global
ANGGOTA bomba Dallas memberi rawatan kecemasan kepada beberapa peserta motivasi yang cedera.

ANGGOTA bomba Dallas memberi rawatan kecemasan kepada beberapa peserta motivasi yang cedera.

Dallas (Amerika Syarikat): Lebih 30 peserta kursus motivasi yang dianjurkan pakar motivasi terkenal, Tony Robbins cedera selepas diminta berjalan di atas arang panas, sebagai satu cara untuk mengatasi ketakutan, kata pegawai bomba.

Jurucakap bomba Dallas, Jason Evans berkata, lima peserta dibawa ke hospital dan selebihnya dirawat di lokasi kejadian pada Khamis lalu akibat lecur teruk di bahagian kaki.

Semua peserta berkenaan sebelum itu diminta berjalan di atas arang panas di luar Pusat Konvensyen Kay Bailey Hutchison lokasi seminar empat hari anjuran Robbins yang bertajuk, Bebaskan Kuasa Dalaman Anda.

Seorang peserta, Paul Gold berkata, kedua-dua belah kakinya melecur teruk dan mungkin mengambil masa dua minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Menurutnya, petugas seminar itu dipercayai tidak menunggu arang yang dibakar menjadi sejuk sebelum meletakkan lebih banyak arang.

 Katanya, semua peserta diminta berjalan di atas arang panas sejauh empat meter.

“Selepas separuh berjalan baru saya sedar arang ini terlalu panas hingga menyebabkan kaki saya sakit.

“Saya sepatutnya melompat ke tepi, tetapi saya tetap menghabiskan tugasan itu kerana terlalu bersemangat,” katanya.

Menurutnya, ramai peserta yang melecur di kaki dan ada yang menangis kerana terlalu sakit.

“Kami umpama berjalan di atas seterika yang panas,” jelas seorang lagi peserta.

Menurutnya, selepas melihat ramai yang cedera, seorang peserta kemudian menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan