Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peserta Bersih Sabah Berkumpul di Hadapan Bangunan LHDN, Kota Kinabalu

PESERTA Bersih 5 di hadapan bangunan LHDN, Kota Kinabalu.
PESERTA Bersih 5 di hadapan bangunan LHDN, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Peserta Bersih Sabah mula berkumpul di tiga lokasi di sekitar bandar raya ini iaitu di hadapan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kawasan lapang berhampiran kedai Sembulan dan Taman Fortuna kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Tinjauan BH mendapati, kira-kira 20 orang dengan kebanyakannya memakai baju ungu tertera perkataan Keselamatan Bersih 2.0 berkumpul di hadapan bangunan LHDN.

Anggota polis turut hadir memantau keadaan. Peserta Bersih Sabah dijangka bergerak serentak dari ketiga-tiga tempat ke lokasi perhimpunan di Taman Ujana Rimba Tropika di Jalan Penampang, di sini pada jam 1 tengah hari. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan