Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PESAYA jadi platfrom tingkatkan semangat berpasukan antara Yayasan-yayasan negeri

Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh JKM

Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh JKM

KOTA KINABALU: Pesta Sukan antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-12 dilihat mampu menjadi platfrom untuk meningkatkan semangat berpasukan dan mengeratkan kerjasama antara yayasan-yayasan negeri.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Hj. Abu Bakar Titingan berkata, pesta sukan ini juga dapat menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan staff selain mampu meningkatkan produktiviti.

“Saya percaya melalui PESAYA, kita dapat mengeratkan silaturahim di kalangan staff di samping berkumpul beramai-ramai dalam suasana muhibbah,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis perasmian PESAYA, di  sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa, sukan boleh dijadikan gaya hidup sihat dalam menjaga serta meningkatkan tahap kesihatan di samping mampu mencungkil bakat baru dalam sukan.

“Kita sedia maklum, selain aktif bersukan, kita juga mendapat manfaat mengekalkan kesihatan dan lebih menarik lagi, dalam acara sukan PESAYA, semua staff berpeluang untuk mengambil bahagian tanpa mengira batas usia dan kedudukan,”katanya.

Jawatankuasa pengelola kejohanan berkenaan diketuai oleh Pengarah Yayasan Sabah Datuk Haji Sapawi Bin Haji Ahmad.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tawfiq ketika melancarkan gimik perasmian sempena program berkenaan.

Tawfiq ketika melancarkan gimik perasmian sempena program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan