Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

11:13am 26/02/2016 Pak Roshan 819 views Mutakhir,Nasional
KEADAAN pesawat CN235 TUDM yang terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, Kuala Selangor, pagi tadi.

KEADAAN pesawat CN235 TUDM yang terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, Kuala Selangor, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor hari ini.

Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Subang itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada 8.50 pagi.

“Lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut,” kata kenyataan itu.

TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

“TUDM juga akan berusaha untuk membuat ‘recovery’ pesawat tersebut,” kata kenyataan itu.

Terdahulu dalam laporan awal, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu.

“Maklumat berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian yang melihat pesawat terhempas dan mengalami kebakaran.

“Semua mangsa berjaya diselamatkan dengan menaiki perahu nelayan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan