Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat TUDM Terbang Rendah, Semasa Eksesais Di Perairan Sabah

gambar hiasan
gambar hiasan

LABUAN : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais PARADISE 2/2015, selama dua minggu mulai hari ini, di Pangkalan Udara Labuan di sini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan berkata sepanjang eksesais berkenaan, pesawat TUDM akan melakukan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di sekitar ruang udara perairan Sabah dan kawasan sekitarnya yang digazetkan sebagai lokasi eksesais.

“Pesawat TUDM yang terlibat dalam eksesais ini termasuk Pesawat F/A-18D, Pesawat pejuang Su-30MKM, Pesawat pejuang Hawk 108/208, Pesawat pengangkut C130H, Pesawat pengangkut KC130, Pesawat CN235, Pesawat helikopter EC725 dan Pesawat helikopter Nuri,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais sehingga 22 Nov depan.

Latihan berkenaan diadakan TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik, khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan