Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat tentera terhempas, 2 terbunuh

9:11am 21/12/2015 Pak Roshan 4 views Global
PESAWAT tentera Indonesia buatan Korea Selatan itu terbakar selepas terhempas.

PESAWAT tentera Indonesia buatan Korea Selatan itu terbakar selepas terhempas.

Jakarta: Dua juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat tentera Indonesia terhempas di Jawa Tengah.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah pesawat pejuang membuat persembahan penerbangan di ruang angkasa Yogyakarta sebelum ia menjunam dengan laju dan hilang dari pandangan.

Beberapa saat kemudian kelihatan kepulan asap memenuhi ruang udara sementara orang ramai didengar menjerit.

Jurucakap tentera udara Indonesia Dwi Badarmanto mengesahkan pesawat tempur T-50 Golden Eagle itu terhempas ketika melakukan pertunjukan.

“Dua juruterbang terbunuh,” katanya kepada portal berita Detik.

Pertunjukan udara besar-besaran membabitkan tentera udara Indonesia berlangsung di
Yogyakarta sejak kelmarin.

Jun lalu, sebuah pesawat Hercules C-130 terhempas di kawasan kediaman di Medan, bandar terbesar di pulau Sumatera, menyebabkan 142 orang terbunuh dan kemusnahan besar. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan