Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat Shaheen Mendarat Cemas, Tersasar Dari Landasan

shaheen

Bagai satu episod yang berturutan, sebuah lagi pesawat dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Selasa lalu.

Berita tersebut dilaporkan berlaku Lapangan Terbang Lahore, Pakistan apabila sebuah pesawat milik syarikat swasta, Shaheen dikatakan terpaksa bertindak melakukan pendaratan cemas.

Ketika kejadian, pesawat yang membawa 172 penumpang menghadapi kecemasan apabila tayar hadapannya patah saat pendaratan dan mengakibatkan juruterbang terpaksa melajakkan pemanduan sehingga memasuki kawasan berumput.

Salah seorang penumpang yang juga aktor Imran Arooj memuji tindakan pantas dan cekap juruterbang kerana berjaya mengendalikan situasi genting tersebut dengan bijak.

Kesemua penumpang dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan