Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat MH370 mungkin dalam keadaan baik

Martin Dolan
Martin Dolan

Sydney: Pesawat MH370 berkemungkinan besar akan ditemui dan dipercayai dalam keadaan baik walaupun selepas tenggelam selama 10 bulan.

Martin Dolan (gambar), Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai operasi mencari pesawat itu berkata, dia yakin pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan ditemui tetapi mengakui ia akan mengambil masa.

Tiga kapal dengan yang keempat dalam pelayaran, kini menjalankan operasi mencari di dasar Lautan Hindi di barat Australia, tempat pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 orang itu kebanyakannya rakyat China, dipercayai terhempas.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Selain memperoleh beberapa isyarat misteri ‘ping’ yang menggambarkan laluannya, tiada tanda-tanda mengenainya ditemui walaupun operasi udara dan laut dijalankan secara besar-besaran.

Setakat ini, suku daripada kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer sudah diperiksa, manakala zon yang lebih besar seluas 208,000 kilometer persegi sudah dipetakan.

Pencarian utama bermula pada awal Oktober lalu dan operasi akan ditingkatkan lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran keadaan cuaca bertambah baik. – Agensi

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24248#sthash.cTsYMWfc.dpuf

Komen


Berita Berkaitan