Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat meletup, api menjulang

Letupan selepas pesawat terhempas yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan orang ramai.
Letupan selepas pesawat terhempas yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan orang ramai.

Valetta, Malta: Satu pesawat kecil membawa pasukan Perancis untuk pemantau pendatang terhempas sejurus berlepas untuk penerbangan ke perairan Libya, membunuh semua lima penumpang dan juruterbang.

Dalam kejadian 7.20 pagi waktu tempatan itu, pesawat dua enjin Fairchild Metroliner itu kelihatan menjunam ke kanan sebelum terhempas dengan muncung menjunam dan meletup.

Menurut Kementerian Pertahanan Perancis, mangsa yang terbunuh ialah tiga pegawai kementerian itu serta dua kakitangan CAE Aviation, syarikat penerbangan di Luxembourg yang menjadi kontraktor kementerian. Pesawat berkenaan dalam penerbangan perjalanan untuk melakukan pemantauan penyeludupan pendatang.

Kerajaan Malta menyatakan penerbangan itu sebahagian operasi Kastam Perancis bagi mengesan penyeludupan manusia dan dadah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Malta digunakan untuk penerbangan tinjauan di perairan Libya dan Perancis memulakan operasi itu sejak lima bulan lalu. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan