Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat Malindo Air mendarat cemas di Kuching

Malindo_739
gambar hiasan

KUCHING: Sebuah pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas berpatah balik akibat cuaca buruk, petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pesawat berkenaan berjaya mendarat pada jam 5.38 petang.

“Kami menerima panggilan daripada Bomba Lapangan Terbang memaklumkan sebuah pesawat dalam penerbangan ke Sabah berpatah balik ke Kuching dan meminta bantuan kecemasan.

“Pesawat berkenaan dikatakan kekurangan minyak selepas berpatah balik akibat cuaca buruk,” katanya.

Usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA). – BH Online

Komen


Berita Berkaitan