Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat MAB Kekal 5 Bintang Antara Paling Selamat Di Dunia

4:29pm 07/01/2016 Pak Roshan 52 views Mutakhir,Nasional

Malaysia-Airlines-MAS_0

PUTRAJAYA – Senarai terbaharu yang dikeluarkan portal penarafan antarabangsaAirlineRatings.com masih mengangkat Qantas dari Australia sebagai syarikat penerbangan paling selamat untuk dinaiki pada tahun ini.

Turut dimasukkan dalam senarai 20 syarikat penerbangan premium paling selamat di dunia (kedudukan disusun berdasarkan kepada abjad yang pertama) ialah Air New Zealand, Alaska Airlines (Amerika Syarikat – AS).

All Nippon Airlines (Jepun), American Airlines (AS), Cathay Pacific (Hong Kong), Emirates (Dubai, Emiriah Arab Bersatu – UAE), Etihad (Abu Dhabi, UAE), Eva Air (Taiwan), Finnair (Finland), Hawaiian Airlines (AS).

JAL (Jepun), KLM (Belanda), Lufthansa (Jerman), Scandinavian Airlines (Denmark, Norway, Sweden), Singapore Airlines (Singapura), Swiss (Switzerland), United Airlines (AS), Virgin Atlantic dan Virgin Australia.

Selain Qantas yang mencatat kedudukan paling tinggi, lamanAirlineRatings.com bagaimanapun tidak pula mendedahkan ranking sebenar 19 buah syarikat penerbangan premium lain dalam senarai terbaik berkenaan.

Keseluruhannya, AirlineRatings.com meninjau sebanyak 407 syarikat penerbangan, dan membuat penilaian berdasarkan audit pihak berkuasa penerbangan awam tempatan serta rekod kematian rasmi yang disahkan.

Menurut laman tersebut, tiada kematian direkodkan dalam sebarang penerbangan Qantas sepanjang sejarahnya selama 95 tahun lalu bahkan menyatakan, Qantas mencatat rekod luar biasa dari segi operasi dan keselamatan.

Pasukan editor laman AirlineRatings.com juga memeriksa dengan teliti sejarah operasi, rekod insiden nahas dan kecemerlangan operasi setiap syarikat penerbangan di seluruh dunia sebelum memuktamadkan penarafan.

Daripada 407 syarikat udara antarabangsa yang ditinjau pentadbir laman itu (berbanding 449 syarikat yang direkodkan pada 2015), hanya 148 diiktiraf menerima rating maksimum iaitu sempurna lengkap tujuh bintang.

Malangnya hampir 50 buah daripadanya itu telah diberikan hanya tiga bintang atau kurang daripada itu, menurut AirlineRatings.com. yang berpusat di Australia dan menjadi rujukan dari segi keselamatan penerbangan awam.

Lebih teruk, sepuluh syarikat penerbangan premium masing-masing daripada Nepal, Surinam serta Indonesia cuma diberikan penarafan satu bintang antaranya ialah Batik Air, Lion Air, TransNusa dan Xpress Air.

Rating bagi syarikat serantau ialah – tujuh bintang bagi SilkAir, lima bintang bagi Tiger dan Scoot (Singapura), lima bintang bagi Malaysia Airlines, empat bintang bagi Thai Airways dan tiga bintang bagi Garuda Indonesia.

AirlineRatings.com juga mengenal pasti 10 buah syarikat penerbangan kategori tambang murah yang paling selamat di dunia, termasuk Aer Lingus (Ireland), HK Express (Hong Kong, China) dan Jetstar (Australia).

AirAsia X meraih enam bintang, AirAsia Malaysia dan AirAsia India (masing-masing empat bintang), AirAsia Thailand dan AirAsia Zest Filipina (masing-masing tiga bintang) serta AirAsia Indonesia (penarafan digantung).

“Tidak seperti sejumlah syarikat tambang rendah lain, kesemuanya lulus audit keselamatan operasi oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa yang ketat, dan ada rekod keselamatan cemerlang,” menurut laman itu.

Merujuk kepada data yang diterbitkan daripada portal Aviation-Safety.net, lamanAirlineRatings.com akur sepanjang tahun lalu sektor pengangkutan udara dicemari teruk dengan banyak nahas tragik dan aneh.

Namun menurut AirlineRatings.com, jumlah keseluruhan 16 nahas udara dengan 560 kematian yang dicatatkan tahun lalu itu adalah lebih rendah, berbanding purata 10 tahun sebanyak 31 nahas dan 714 kematian.

Perangkaan kadar kemalangan pada tahun lalu itu juga, menurut AirlineRatings.com, adalah satu ‘kemajuan bermakna’ berbanding rekod pada 2014, yang mencatatkan sebanyak 21 nahas udara dengan 986 kematian.

AirlineRatings.com menambah, syarikat-syarikat penerbangan seluruh dunia membawa sejumlah 3.6 bilion penumpang menerusi 34 juta penerbangan sepanjang tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan