Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat Lewat 6 Jam Akibat Tikus Dalam Kabin

tikus1

Madrid –Pesawat Qatar Airways terpaksa menangguhkan perjalanan selama enam jam selepas seekor tikus dikesan berkeliaran di dalam kabin pesawat tersebut ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Adolfo Suárez Barajas, di sini.

Keadaan ini menyebabkan penumpang yang menunggu pesawat itu untuk ke Doha dari Madrid mengamuk apabila seluruh kabin pesawat berkenaan terpaksa dibersihkan dan diasapkan.

Ia juga menyebabkan kekecohan kerana terdapat sebilangan penumpang yang terlepas pesawat transit ke Thailand, Singapura dan Bali hanya disebabkan binatang berkenaan.

Selepas proses pembersihan dijalankan, tikus itu ditemui mati.

Namun berdasarkan protokol keselamatan, pesawat berkenaan terpaksa menunggu selama beberapa jam sebelum ia boleh berlepas bagi mengelakkan penumpang terhidu gas yang dilepaskan dalam pesawat berkenaan.

Ia juga menyebabkan pesawat yang dijadual berlepas pada pukul 3 petang, terpaksa ditunda hingga 9 malam.

Dalam pada itu, pengurusan Qatar Airways memaklumkan ia akan menanggung kos akibat kejadian itu hingga mengakibatkan kelewatan.

Komen


Berita Berkaitan