Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat latihan TUDM terhempas di Nenasi, Pekan

SEBUAH pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi. - Foto Ihsan Pembaca
SEBUAH pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi. – Foto Ihsan Pembaca

PEKAN: Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, seramai 11 pegawai dan anggota JBPM terbabit dalam operasi berkenaan. Berdasarkan maklumat awal, pesawat itu memuatkan dua anggota latihan dan seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki.

Sementara itu, laporan Buletin TV3 menyebut kedua-dua anggota berkenaan dilaporkan selamat. – BH Online

BAHAGIAN belakang pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi. - Foto Ihsan Pembaca
BAHAGIAN belakang pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi. – Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan