Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat Langgar Dron Ketika Mendarat Di Heathrow

11:38am 18/04/2016 Pak Roshan 532 views Global
PESAWAT British Airways. - Foto EPA

PESAWAT British Airways. – Foto EPA

LONDON – Pesawat British Airways melanggar objek dipercayai dron ketika cuba mendarat di Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

Siasatan dilancarkan berhubung kejadian itu, yang menyusul beberapa kes hampir berlanggar membabitkan dron dan dipercayai kes pertama pertembungan itu di Britain.

Pesawat itu, Airbus A320 dengan 132 penumpang dan lima kru, cuba untuk mendarat di Heathrow ketika kejadian berlaku.

“Juruterbang dalam penerbangan untuk mendarat di Lapangan Terbang Heathrow dari Geneva melaporkan kepada polis beliau percaya dron melanggar pesawat itu.

“Ia mendarat di Terminal Lima dengan selamat.

Objek itu, dipercayai dron, melanggar bahagian depan pesawat ,” kata jurucakap Polis Metropolitan London.

Jurucakap syarikat penerbangan berkata, pesawat itu diperiksa selepas mendarat dan dibenarkan meneruskan penerbangan seterusnya.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan kami akan memberikan segala bantuan kepada polis,” kata jurucakapnya Agensi keselamatan udara, Lembaga Airprox United Kingdom, berkata bulan lalu ada 23 kejadian hampir terlanggar antara dron dan pesawat dalam masa enam bulan antara April dan Oktober tahun lalu. – AFP/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan