Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat Kargo Turkish Airlines Terhempas, 37 Maut

BISHKEK – Sebuah jet kargo Turki dilapor terhempas di Lapangan Terbang Manas di Talas, Kyrgyzstan dan mengorbankan 37 orang termasuk 4 orang juruterbang.

Pesawat itu dilaporkan terhempas ketika ia cuba untuk mendarat sekitar jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Kementerian Pengangkutan Kyrgyzstan berkata, terdapat lima orang di dalam jet tersebut.

Ketua Pusat Pengurusan Krisis di Kementerian Kecemasan, Mukhammed Svárov berkata, pesawat itu melalui kampung sepanjang beberapa ratus meter lalu merosakkan 15 buah rumah.

“Pesawat itu terhempas ke dalam rumah, ia membunuh seluruh keluarga.

“Tiada apa yang tinggal dalam rumah-rumah tersebut, orang terbunuh dengan seluruh keluarga mereka, anak-anak mereka. Ramai orang sedang tidur,” kata saksi kepada AFP.

Pegawai lapangan terbang berkata, jet itu sepatutnya membuat persinggahan di Manas dalam perjalanan dari Hong Kong ke Istanbul.

Ia telah mengenal pasti pesawat itu sebagai Turkish Airlines Boeing 747-400, tetapi syarikat itu berkata, ia kepunyaan satu lagi firma Turki, ACT Airlines.

Lapangan Terbang Manas telah ditutup dan penerbangang juga ditunda sehingga paling awal malam ini, menurut pihak berkuasa lapangan terbang tersebut.- mynewshub

Komen


Berita Berkaitan